Thursday, September 8, 2011

Syahadah

*google
Kalimah LAILAHA ILLALLAH merupakan ucapan sumpah yang menyatakan bahawa tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah. Kita menyerahkan dan beribadah hanya kepada Allah swt, tiada yang lain. Sepenuhnya....

Manakala MUHAMMADUR RASULULLAH ucapan yang menyatakan kita yakin dan terima apa sahaja disampaikan oleh Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah. Kita meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan kita.

Kita melafazkan ucapan sumpah berulang kali dalam solat, namun kita sering alpa dengan kesibukan dan kesenangan dunia.

Ya Allah ujian dan cabaran dari-Mu amat berat.
Ya Allah berikanlah daku kekuatan untuk menyelusuri kehidupan.