Sunday, August 23, 2009

Macam mana perasaan awal ramadhan...

Seronoknya Ramadhan... tahu tak sebab apa?? sebab... musuh ketat kita kena gari bulan ni. Kuranglah ujian dan bisikan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan umat manusia. Boleh la kita tingkatkan amal dengan aman tanpa gangguan dari syaitan..

Hmm... tapi kenapa masih ada lagi bisikan-bisikan yang mngajak kepada kelalaian dan maksiat... Contohnya waktu berbuka... selagi meja makan tak penuh dengan aneka juadah rasa macam tak cukup dan takut nanti tak kenyang...sifat tamak ni sifat syaitan. Ya Allah... kenapa diri ni menyerupai sifat syaitan... sedangkan mereka telah digari.

Tahu tak kenapa? Makhluk Allah yang ni juga telah melakukan persiapan sebelum datangnya bulan Ramadhan. Mereka pun macam kita jugak... kita akan puasa sunat di bulan rejab dan syaaban sebelum menempuhi bulan barakah, manakala mereka akan mendidik hawa nafsu dalam diri manusia supaya melazimi dan terbiasa dengan sifat mazmumah... menggantikan ketiadaan mereka nanti.

Marilah kita bermujahadah dalam melawan hawa nafsu di dalam bulan Ramadhan... bulan madrasah tarbiyah untuk menjadi orang yang bertaqwa... Jom jadi graduan madrasah Ramadhan yang berkualiti...

Friday, August 14, 2009

Alhamdulillah....

"Mcm mana result paper programming, ok?" cuba menyapa roomate yang sedang monyok terbaring di atas katil... seperti yang dijanjikan result exam ada sistem bater. Dari air mukanya dapat dijangka akan resultnya yang kurang memuaskan. "Result cukup makan je". Apa yang mampu ku lafazkan adalah...Alhamdulillah, tak apala..., final exam kita cuba buat yang lebih baik.

Ucapan syukur yang sinonim di bibir setiap insan yang bergelar muslim. Kadang-kadang non-muslim selalu sebut "nasib baik lo". Tak kira lah muslim atau non-muslim, masing-masing akan rasa untuk mengucapkan atau melafazkan sesuatu apabila dapat sesuatu kebaikan dan kemudahan.

Sebagai muslim apabila kita ucapkan kalimah "alhamdulillah", kita tujukan rasa syukur kita kepada Allah swt, pencipta alam semesta yang berkuasa dan maha Esa mengatur segala susun atur, perjalanan kehidupan di atas tanah wakafan ini.

Dalam konteks kita sebagai pelajar muslim kita kena bersyukur dengan potensi diri kita. Ingatlah segala yang Allah beri kepada kita adalah baik untuk diri kita. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan sesuatu boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak."

Dalam halaqah beberapa hari yang lepas dengan k Ina ada bincang berkenaan qana'ah dan syukur. Tahu tak apa itu qana'ah? Qana'ah adalah sifat reda dan terima dengan rela hati.. Manakala syukur ni pulak adalah terima sesuatu yang telah di tetapkan dan seseorang itu cuba tingkatkan untuk mendapat yang lebih baik.

MasyaAllah rupanya macam tu baru dikatakan syukur... selama ni kita dah salah anggap. Selalunya kita akan geram dengan rakan-rakan kita yang cemerlang seperti tidak 'bersyukur' dengan apa yang telah dia dah dapat. Rupa-rupanya sikap sentiasa ingin meningkat menjadi lebih baik itulah baru di namakan syukur.

A: " Ala... macam mana ni.. exam hr tu banyak cuai.."
B: " Awak ni tak baik tau..kalau cuai-cuai pun, dapat A- syukur la...."
Si A tidak hanya mampu diam sahaja... tak pasal-pasal dituduh tak bersyukur.

"Dan ingatlah ketika Allah memaklumkan:Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu sangat berat" (Ibrahim:7)

Ya Allah, cakap soal amalan hati ni susah kan. Seperti dalam ayat di atas, kita kena bersyukur tapi dalam masa yang sama kita tak boleh sampai ingkar dengan nikmat yang telah di anugerah Allah swt. Dalam suatu hadis ada menyebut kita kena bersederhana dalam sesuatu perkara.

Ujian dari Allah swt ni pelbagai bentuk... Ayah nik nur madhihah ada berpesan pada anaknya... Ujian di waktu susah lebih mudah nak di tempuhi berbanding di waktu mewah... Fikirkanlah

Friday, July 31, 2009

Huh....lega....dah habis mid sem exam....tapi...


Bila kita sebut perkataan 'pelajar' tergambar di fikiran kita adalah seseorang yang sedang 'belajar'. Sebagai pelajar kita memang tidak boleh lari dari peperiksaan. Alhamdulillah, semalam dah habis exam... setelah belajar selama satu bulan setengah tak sangka dah mid sem. Sekejap betul masa berlalu, rasa macam baru semalam daftar masuk untuk sem3.

Alhamdulillah lega exam mid sem dah lepas, minggu ni memang terkejar-kejar dan sibuk sebab kelas berjalan seperti biasa dan exam di sebelah malam... Teringat waktu kuliyah bro azman yang lepas. Bro azman ada mengutarakan satu soalan yang berkaitan dengan pengurusan aktiviti yang terbahagi kepada 4: penting dan segera, penting tapi tak segera, tak penting tapi segera, tak penting dan tak segera.

Bro azman tanya "study ni duduk dalam kategori yang mana?" Hmm... ada yang kata penting dan segera, ada pulak yang kata penting tapi tak segera. Apa yang bro azman dapat simpulkan dari kedua-dua jawapan tersebut bahawa kalau seseorang yang study last minute sememangnya study ni akan jadi penting dan segera, berbanding dengan seseorang yang study smart. Kita tergolong dalam golongan yang mana la...

Berbalik pada exam, lumrahnya bila lepas exam kita memang lega.. seperti satu beban yang besar telah terlerai dari bahu...tetapi kita kena ingat yang kita belajar ni bukan hanya untuk exam sahaja, kita belajar ni supaya Islam boleh tumpang dengan ilmu yang kita ada. Kalau kita belajar hanya kerana exam memang letih dan ingatlah ianya hanya sia-sia.

Exam mid sem memang dah habis tapi kita kena ingat kita masih ada lagi exam untuk final nanti. Ini baru exam dunia... yang kita nampak di mata kasar dan untuk masa yang terdekat. Sebagai seorang mukmin kita beriman dengan hari qiamat. Di hari qiamat nanti kita masih ada lagi peperiksan dan perhitungan iaitu di padang mahsyar, hatta di alam qubur pun kita telah di soal oleh malaikat mungkar dan nakir.

Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi exam akhirat? Janganlah terlampau gembira dan lega apabila exam mid sem dah habis... exam final belum kita tempuh lagi. Untuk menempuhi exam dunia kita banyak melakukan pembacaan dan latihan yang lecture bagi. Tapi kita muhasabah balik adakah kita telah melaksanakan tugas kita sebagai hamba Allah sebelum kita menghadapi ujian akhirat nanti? Jika dah laksanakan, adakah ianya sempurna? Adakah amal kita Allah terima?

Selepas ni, dan tika ini... marilah kita muhasabah kembali keadaan amal-amal kita, kesihatan hati kita juga tidak ketinggalan kerana dari hati lahirlah amal. Hati yang sihat akan membuahkan amal yang sempurna. Kita sebagai hamba memang tidak lepas dari ujian di dunia. Ingatlah kita hanya mengharapkan kerehatan di akhirat kelak. Dunia hanyalah tempat persinggahan.

Sunday, July 19, 2009

Ijlis bina nu'minus sa'ah

Kalam ni acap kali kita dengar di ungkapkan di dalam majlis-majlis ilmu yang membawa maksud 'duduklah bersama kami sebentar untuk beriman'. Inilah budaya para sahabat bersama Rasulullah saw, mereka sentiasa mencari peluang duduk sebentar untuk berfikir dan beriman kepada Allah swt.


Ada seorang sahabat bertemu dengan Rasulullah dan berkata " Berikanlah satu peringatan supaya aku menangis" Rasulullah menjawab dengan bersabda bahawa ketika di padang mahsyar nanti ada sebuah pintu akan terbuka dan keluar darinya satu suara yang amat dahsyat sehingga semua yang ada di situ terduduk mendengar suara neraka Jahanam." Bila kita berfikir dan saling memperingatkan soal akhirat di padang mahsyar nanti tiada satu hati pun akan tenteram, kecuali orang yang beriman"(kalau salah tolong betulkan).

Teringat waktu di matri dulu.... adalah beberapa sahibah duduk atas musolla waktu tu black out, tiba-tiba salah seorang di antara mereka memulakan perbincangan soal mati.... tanpa disedari mata mereka telah mengeluarkan titisan keinsafan. Ustazah Khairul Badriyah selalu ingatkan dalam halaqah... kalau kita menangis, jangan lap air mata biarkanlah ia mengalir dan sapu di tangan dan muka supaya dapat melindungi anggota tersebut dari di jilat api neraka. Rindunya pada halaqah dulu......

Apa yang dimaksudkan dengan iman? Iman adalah membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan menterjemahkan dalam amal. 6 rukun iman? Beriman dengan Allah, beriman kepada malaikat, beriman dengan AQ, beriman kepada rasul, beriman dengan hari qiamat dan beriman pada qada' dan qadar Allah swt. Apa tanda-tanda iman ada dalam hati? Dalam kuliyyah tazkiyatun nafs bro azman baru-baru ni ada cakap soal ni. Antaranya adalah hati terpaut dengan akhirat, hati seperti ini akan rasa terikat dengan Allah swt dan selalu yakin dengan janji-janji Allah. Firman Allah swt :"Hanya dengan mengingati Allah hati akan merasa tenang." Orang yang beriman Allah akan memberikan ketenangan di hatinya.

Pandang sepi kepada dunia yang menipu adalah salah satu tanda iman sudah hadir dalam hati. "Sesungguhnya perumpamaan duniawi itu hanya seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman bumi dengan subur, di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahanya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti memetik hasilnya, datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu kami jadikan tanamanya seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan kekuasaan Kami kepada orang berfikir." surah yusuf ayat 24. Sebagai contoh dalam study kita. Jika kita study hanya bermatlamatkan untuk dunia (exam, pointer,pujian,kerjaya) semata-mata, kita akan merasa beban. Tapi sekiranya kita study hanya kerana Allah kita tak akan jemu dalam mendalami ilmu Allah yang jika dibandingkan dengan lautan, ilmu itu hanya satu celupan jari. Masya Allah betapa luasnya ilmu Allah swt. Tidak kiralah subject apapun di atas muka bumi, ianya adalah ilmu dari Allah. Keimananlah yang menjadi kekuatan. Jika kita laksanakan sesuatu amal kerana Allah, kita akan nampak ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak (redha dan syurga Allah).

Seterusya adalah bersedia sebelum sampai ajal. Tanyalah pada diri kita, Sudahkah saya bersedia untuk ke alam akhirat dan berjumpa dengan Allah swt? Sebagai anak adam kita semua akan merasai kematian. Terkejut dengan satu sedutan dalam movie syurga cinta: " Buat apa nak takut, kita kan banyak beramal, sedekah di rumah anak yatim, sumbangan untuk mangsa peperangan. Nanti dah nak mati barulah kita bertaubat...pergi buat haji." Ya Allah.... adakah kita tahu bila dan di mana ajal kita ? " Hanya Allah sahaja yang tahu bila ajal kita dan Dialah berkuasa mematikan dan menghidupkan makhluknya.

Adakah kita nampak tanda-tanda tersebut pada di dalam diri kita?
Jika ada alhamdulillah.... sekiranya rasa tidak mencapai seperti tahap-tahap tersebut... marilah kita kembali kepada madrasah rasulullah saw yang bermatlamatkan melahirkan insan yang bertaqwa, iaitu halaqah. Adakah kita sedari bahawa orang barat telah mempraktikkan teori madrasah Rasulullah ini. Dalam menyelusuri sistem tarbiyah Rasulullah saw, perlunya murabbi mithali, manhaj salimah, dan biah solehah. Tanpa kita sedari sistem jahiliyah telah menggunakan sistem halaqah ini dalam melahirkan seorang penyanyi dalam rancangan realiti tv contohnya Mentor dan Akademi Fantasia.

Samalah kita sematkan dalam diri firman Allah swt " Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah swt." Dan jadilah jurutera, peguam, arkitek, guru dan tak kira apa pun, tapi jadilah manusia yang kamil dan bertaqwa. Marilah kita menghidupkan kembali amalan madrasah Rasulullah saw.

Tuesday, July 7, 2009

Niat>Rancang>Usaha>Tawakal>Redha

Dalam kehidupan kita seharian sebenarnya kita tidak dapat lari dari membuat perancangan. Setiap pergerakkan kita akan mencongak-congak dalam kepala. Ini semua bermula kerana ada gerakkan hati yang memerlukan kita untuk membuat satu keputusan. Kadang-kadang kita disibukkan untuk merancang hal-hal dunia, sampai kita lupa saham akhirat kita. Kalau kita merancang untuk membeli-belah boleh dari pagi sampai petang, kenapa tidak untuk beribadah. Sepatutnya itulah yang kita kejar kerna ganjarannya amatlah bernilai disisi Allah kalau nak dibandingkan dengan perbuatan yang sia-sia. Bukanlah nak berpemikiran sekular, tapi benda ni kita selalu pandang remeh. Sebenarnya jika kita keluar membeli-belah kita niatkan kerana Allah, untuk memenuhi keperluan hidup sebagai manusia, untuk merapatkan silaturrahim sesama sahabat handai dan ianya tidak melalaikan pasti dikira amal ibadah. Semua amal perbuatan kita sekiranyanya diniatkan kerana Allah adalah ibadah, bukan hanya beribadat di masjid di kira ibadah.

Tapi semua amal yang kita buat kita perlulah rancang, fikir dan buat keputusan. Sebagai contoh kita bangun setiap pagi apa yang kita nak buat pada hari ini? Hatta sebelum tidur pun kita kena merancang dan membuat keputusan esok nak bangun qiam ke tak? Esok nak puasa ke tak?

Sebenarnya kalau ikut hati macam-macam nak buat. Hati kitalah yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu amal perbuatan. Bila lapar terasa nak makan, bila haus rasa nak minum, bila penat rasa nak rehat, bila mengantuk rasa nak tidor. Walaupun kadang-kadang sebenarnya bukannya lapar sangat, bukanlah haus sangat, takdelah penat dan mengantuk sangat tapi bila ikut sangat kehendak hati itulah yang kita dapat. Kalau kita niatkan ibadah kerana Allah pasti kita dapat lebih.... Dikira sebagai ibadah dan bukan amal yang sia-sia.

Apabila terlintas niat atau kehendak sedemikian di hati, kita perlu membuat keputusan samada kita nak buat ke tak? nak ikut ke tak? Bila nak buat satu keputusan kita perlu fikir 'pro n cons', 'cause n effect' dan natijah perkara tersebut. Teringat kata-kata "fikir dahulu sebelum buat", "sebelum nasi menjadi bubur", "bila terhantuk baru terngadah" dan banyak lagi tak perlulah nak disenaraikan banyak2 masing-masing dah arif bab kata-kata peribahasa.

Berbalik pada berfikir untuk buat keputusan, setelah kita buat keputusan kita perlu merancang bagaimana kita nak melaksanakannya. Bab merancang ni yang penting. Tak berapa ingatlah kata-kata ni tapi bunyi dia macam ni... "kebaikan yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang...." kalau salah mintak betulkan... Jadi kita perlu merancang. Misalannya, niat di hati nak bangun qiam. Jadi kita perlulah rancang untuk tidur awal. Tapi ingatlah dengan keizinan dan kehendak Allah jualah yang membolehkan kita bangun. Kita hanya merancang Allah yang berkuasa menentukan. Kita kena redha dan tingkatkan usaha lagi.

Selepas kita puas merancang kita juga memerlukan usaha dan kesungguhan dalam melaksanakan amal. Bila dah tidur awal sekalipun kita perlulah usahakan untuk kunci jam dan berusaha melawan hawa nafsu untuk bangun bila dah dengar jam loceng berbunyi. Kadang-kadang kita dah niat kan di hati esok nak bangun tapi kita kalah di saat-saat akhir pertarungan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Biasalah kalau kita nak buat sesuatu kebaikan pasti ada ujian dan cabaran, barulah kita rasa kelazatan dalam beramal.

Sukalah untuk di ingatkan kita beramal kerana Allah untuk mencapai mardhotillah bukan nak redha manusia. Manusia hanya boleh bagi pujian, pangkat dan status.... Semua itu kita tak boleh nak bawa balik mengadap Allah kelak... Hanya amal soleh sahaja menemankan kita sampai bertemu Allah. Marilah kita bersama-sama mengumpul saham-saham akhirat dengan terancang. Pertingkatkan lagi hubungan dengan Allah (hdA) dalam setiap amal perbuatan kita. Jangan mudah berputus asa dalam beramal. Sesuatu yang bernilai memang menuntut pengorbanan yang tinggi. Moga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah swt. Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat ghurur dalam beramal. Ameen... Ingat! beramal HANYA kerana ALLAH!

Monday, June 22, 2009

16 An-Nahl

53. Dan segala nikmat yang ada padamu datangnya dari Allah kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.

54. Kemudian apabila Allah telah menghilangkan bencana dari kamu, malah sebahagian kamu mempersekutukan Allah dengan yang lain.

55. Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; bersenang-senanglah kamu. kelak kamu akan mengetahui akibatnya.

Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengingkari nikmat Allah swt.

Sunday, June 14, 2009

Manusia memang sudah lazim dengan tittle pelupa... Adakah kita ingat lagi apa yang telah kita lafazkan di bibir kita sebentar tadi?? Mungkin kita masih ingat... tadi sembang dengan roomate pasal lecture baru.... tapi yang pasti kita tak akan ingat untuk tempoh yang lama kan? Susah nak jumpa orang yang ingat benda yang remeh-temeh soal percakapan....

Adakah kita ambil kisah dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut kita??
Cuba kita check balik adakah percakapan kita sebentar tadi diredhai oleh Allah swt??
Tanyalah pada hati kerana setiap tutur kata kita adalah dari hati.....

Ini baru soal tutur kata kita, belum ambil kira tentang bisikan-bisikan yang terlintas di hati dan pemikiran kita.... (lintasan hati pun ambil kira ke? tak sengaja mcm mana?) Eh, kenapa dia macam tu??

Ingatlah firman Allah swt: "Katakanlah, Jika kamu sembunyikan apa yang didalam hatimu atau yang kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya. Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu...."
Kita tak dapat sembunyikan segala sesuatu pun dari pengetahuan-NYA... SubhanaAllah walaupun kita hanya terlintas di hati ianya tetap dalam pengetahuan Allah swt.

Setiap kehidupan pasti ada cabaran, setiap amal pasti ada ujian... begitu juga dengan setiap percakapan kita... kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kita cakapkan... Kita akan dituntut dengan perkara yang telah kita utarakan...

Kadang-kadang Allah tidak uji kita dengan percakapan kita tapi uji kita dengan percakapan orang lain... Misalnya pujian orang, maki hamun orang dan buah mulut orang... Hati lemah pasti akan dicemari dengan sifat-sifat mazmumah...

Dalam kita berdoa kita memohon kekuatan dan kesabaran... Allah akan bagi kita ujian yang dapat membentuk diri kita supaya menjadi orang yang tabah dan tegar mengharungi cabaran. Ingatlah...Allah tidak akan memberi sesuatu kepada hambanya dengan sekelip mata... kerna Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-NYA.

Kita hidup di dunia ini bukan saja-saja tanpa tujuan... masing-masing mempunyai berbagai-bagai bentuk ujian dan dugaan yang berbeza... Ada orang yang diuji dengan kesempitan hidup dan ada pulak yang diuji dengan kesenangan dan harta benda.

"Berjuang tak pernah senang.......
ombak derita tiada henti.....
tenang tegang silih berganti.....
inilah sunnah orang berjuang........."

Marilah kita sama-sama menjaga hati kita dari bisikan hawa nafsu yang melalaikan... Lazimi diri dengan astarghfirullah... Sematkan dalam diri neraca penilaian Allah swt. "Adakah Allah redha dengan amal perbuatan kita pada ketika itu?" Patutkah kita buat salah pada Allah yang telah memberi kita segala nikmat? Kemana lagi kita nak lari sedangkan alam semesta ini adalah ciptaan Allah yang maha Esa... Kita bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan dan perkatakan..... Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Wednesday, June 3, 2009

28/7/2008: monolog diri

Ya Allah...
Hari ini aku terima satu sms yang berbunyi nada kutukan: " AKU BENCI ANG!!! MELUAT!!!"
Hanya Engkau sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini.
Apa salah aku?
Kenapa dia benci aku?
Kenapa dia cakap sampai begitu sekali?
Hatiku menjadi tak tenang kerana ada orang yang membenciku

Astargfirullahal azim...
Lalainya hati ini
Hati ini takut orang benci akan diri ini
Hati ini gundah mencari salah diri
Akal ini sering ligat berfikir
Apa yang telah daku lakukan hingga menaikkan amarah dia?

Wahai diriku...
Adakah kau tahu bahawa
kemurkaan Allah adalah lebih dasyat
dari kebencian seorang manusia yang serba lemah

Kita sibuk menjaga hubungan sesama manusia
TETAPI
Kita lupa akan hubungan kita dengan Allah swt
Adakah kita ambil kisah tentang ibadah solah 5 waktu tepat pada waktu?
Adakah kita ambil kisah tentang janji-janji kita semasa kita mula diciptakan?
Renung-renungkanlah....

Sama-samalah kita pahatkan dalam hati kita
Setiap apa yang kita lakukan hanya sanya untuk mendapat REDHA ALLAH swt
iaitu sebagai AL-KHALIQ yang tiada tolok bandingnya
Marilah kita perbetulkan balik nawaitu kita lillahi taala
InsyaAllah sama-samalah kita berjuang menetang hawa nafsu....