Wednesday, December 9, 2009

Tahun baru... Sem baru... Azam baru...


Tanggungjawab seorang hamba adalah kepada tuannya. Tugas kita sebagai makhluk ciptaan Allah swt adalah berubudiah hanya sanya pada Al-Khaliq. Manakala tugas kita sebagai seorang pelajar adalah belajar. Jom kita muhasabah kembali.... Kenapa kita belajar? Untuk apa kita belajar? Hmm... macam-macam jawapan yang kita boleh senaraikan. Betul ke niat kita belajar selama ni? Kita ni betul-betul belajar ke? Kita usaha sehabis baik ke?

Monday, December 7, 2009

Setelah sekian lama tidak dapat mencoretkan sesuatu di sini. Hari ini kugagahkan jua untuk mencoretkan sesuatu. Alhamdulillah dapat sambung belajar ke main kampus Gombak. Di awal-awal sem ini hati terasa kering. Sebagai lumrah kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tempat yang baru. Mohon doa kalian agar hati ini sentiasa berhubung dengan Allah walau apa jua keadaan yang ku tempuh.

Thursday, September 24, 2009


Salam Imtihan
24 Sept 2009- English (reading+writing+listening)
26 Sept 2009- Mathematics 3
28 Sept 2009- Programming
30 Sept 2009- Phyzic
01 Oct 2009- Information Literacy
05 Oct 2009- English (speaking)

Give everything you have to everything you do!
Because we never realize our greatest potential
until we perform at our best.

Allah doesn’t require you to ‘Be The Best’,
He just want you to do your best
and He will take care of the rest.

Ma’a Taufiq Wannajah Fil Imtihan

Thursday, September 17, 2009

Ramadhan yang masih berbaki....


Tup..tup..tup sudah berada di akhir bulan Ramadhan... Macam mana dengan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan? Adakah di isi dengan sepenuhnya dengan amal sebagai bekalan di bulan hadapan? Adakah kita layak menjadi graduan madrasah Ramadhan yang berkualiti? Adakah kita temui TAQWA yang di cari?

Tepuk dada tanyalah iman... Adakah ia sudah tertingkat?

Belakangan ini... banyak khabar kematian yang menjengah di telinga kita... sebagai peringatan mengenai kematian yang menjemput tanpa mengira usia dan ketika...

Adakah kita masih lagi berpeluang untuk menjadi tetamu Ramadhan pada tahun hadapan? Hari Qiamat? Soalan yang siapapun tidak tahu jawapannya kecuali Allah swt...

"Manusia bertanya kepadamu Muhammad tentang hari Qiamat. Katakanlah, "Ilmu tentang hari Qiamat itu hanya di sisi Allah." Dan tahukah engkau, boleh jadi hari Qiamat itu sudah dekat waktunya." Al-Ahzab:63

Mari kita manfaatkan Ramadhan yang masih berbaki... jangan mudah menyerah menjadi hamba ramadhani. Bangkit dan ayuhlah menjadi hamba Rabbani. Kualiti lebih bernilai berbanding kuantiti.

Monday, August 24, 2009

Mujahadah...dalam bulan Ramadhan


Selalu kita dengar ustaz ataupun ustazah bagi ceramah: "kita kena bermujahadah..." Apa yang dikatakan dengan mujahadah sebenarnya? Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan hawa nafsu. Dalam sebuah hadih hassan nabi bersabda: " seorang mujahid ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah swt."

Dalam bulan ramadhan ni, kita kena lawan musuh ketat kita iaitu hawa nafsu (bukan syaitan sebab digari dalam bulan ramadhan). Imam Ghazali berkata :" Berhati-hatilah kamu dengan hawa nafsu. Ia adalah musuh kita yang paling ketat dan yang paling sukar untuk dikalahkan. Hal ini disebabkan ia berada dalam tubuh badan kita."

Cuba bayangkan sesuatu yang rapat dengan kita...(???) Adakah kita sanggup untuk kita tinggalkan ataupun buang? Betul tak kalau nak cakap benda yang kita sayang dan rapat, benda tulah yang payah dan sukar untuk kita buang atau kita tinggalkan? Contohnya aktiviti menganyam ketupat yang entah bila ia akan masak..., makan sehingga kekenyangan.. dan macam-macam lg yang kita sendiri boleh senaraikan, setuju tak?

Semua aktiviti-aktiviti tersebut adalah aktiviti yang boleh membinasakan hati tapi sangat disukai oleh hawa nafsu... Peliharalah hati, jagalah hati, semailah hati dengan aktiviti-aktiviti yang memupuk iman. Supaya menjadi satu penunjuk jalan kehidupan yang hanya sementara...

Kita akan rasa geram bila laptop/pendrive kita dicemari dengan virus worm..,trojan...etc... Maka, kita akan cari antivirus yang paling berkuasa untuk menangkis dan melindungi laptop kita dari virus tersebut.. Avast..Avira...Kaspersky..Panda...etc. Kita akan kaji dan mencari yang mana paling berkuasa dan kita cuba untuk memilikinya supaya laptop kita dilindungi...

Tapi bagaimana dengan hati kita? Adakah kita risau dan geram bila hati kita dicemari dengan virus-virus jahiliyah..? Adakah kita risau seperti mana kita geram dengan virus yang menyerang laptop kita..? Adakah kita mencari sesuatu yang boleh melindungi dan menyucikan hati kita dari virus-virus jahiliyah..Kasihanilah hati kita...

How..? Samalah macam kita cari antivirus untuk laptop kita... kita kena kenali dengan virus yang wujud... kita kena tahu yang mana yang dikatakan virus yang mana tidak... Apa yang dapat membezakan yang mana syara' yang mana aktiviti yang Allah redha..? IMAN...bila ada antivirus iman insyaAllah kita sentiasa berada dalam keadaan yang Allah redha... Mari bersama kita mencari dan update antivirus iman...

Sunday, August 23, 2009

Macam mana perasaan awal ramadhan...

Seronoknya Ramadhan... tahu tak sebab apa?? sebab... musuh ketat kita kena gari bulan ni. Kuranglah ujian dan bisikan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan umat manusia. Boleh la kita tingkatkan amal dengan aman tanpa gangguan dari syaitan..

Hmm... tapi kenapa masih ada lagi bisikan-bisikan yang mngajak kepada kelalaian dan maksiat... Contohnya waktu berbuka... selagi meja makan tak penuh dengan aneka juadah rasa macam tak cukup dan takut nanti tak kenyang...sifat tamak ni sifat syaitan. Ya Allah... kenapa diri ni menyerupai sifat syaitan... sedangkan mereka telah digari.

Tahu tak kenapa? Makhluk Allah yang ni juga telah melakukan persiapan sebelum datangnya bulan Ramadhan. Mereka pun macam kita jugak... kita akan puasa sunat di bulan rejab dan syaaban sebelum menempuhi bulan barakah, manakala mereka akan mendidik hawa nafsu dalam diri manusia supaya melazimi dan terbiasa dengan sifat mazmumah... menggantikan ketiadaan mereka nanti.

Marilah kita bermujahadah dalam melawan hawa nafsu di dalam bulan Ramadhan... bulan madrasah tarbiyah untuk menjadi orang yang bertaqwa... Jom jadi graduan madrasah Ramadhan yang berkualiti...

Friday, August 14, 2009

Alhamdulillah....

"Mcm mana result paper programming, ok?" cuba menyapa roomate yang sedang monyok terbaring di atas katil... seperti yang dijanjikan result exam ada sistem bater. Dari air mukanya dapat dijangka akan resultnya yang kurang memuaskan. "Result cukup makan je". Apa yang mampu ku lafazkan adalah...Alhamdulillah, tak apala..., final exam kita cuba buat yang lebih baik.

Ucapan syukur yang sinonim di bibir setiap insan yang bergelar muslim. Kadang-kadang non-muslim selalu sebut "nasib baik lo". Tak kira lah muslim atau non-muslim, masing-masing akan rasa untuk mengucapkan atau melafazkan sesuatu apabila dapat sesuatu kebaikan dan kemudahan.

Sebagai muslim apabila kita ucapkan kalimah "alhamdulillah", kita tujukan rasa syukur kita kepada Allah swt, pencipta alam semesta yang berkuasa dan maha Esa mengatur segala susun atur, perjalanan kehidupan di atas tanah wakafan ini.

Dalam konteks kita sebagai pelajar muslim kita kena bersyukur dengan potensi diri kita. Ingatlah segala yang Allah beri kepada kita adalah baik untuk diri kita. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan sesuatu boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak."

Dalam halaqah beberapa hari yang lepas dengan k Ina ada bincang berkenaan qana'ah dan syukur. Tahu tak apa itu qana'ah? Qana'ah adalah sifat reda dan terima dengan rela hati.. Manakala syukur ni pulak adalah terima sesuatu yang telah di tetapkan dan seseorang itu cuba tingkatkan untuk mendapat yang lebih baik.

MasyaAllah rupanya macam tu baru dikatakan syukur... selama ni kita dah salah anggap. Selalunya kita akan geram dengan rakan-rakan kita yang cemerlang seperti tidak 'bersyukur' dengan apa yang telah dia dah dapat. Rupa-rupanya sikap sentiasa ingin meningkat menjadi lebih baik itulah baru di namakan syukur.

A: " Ala... macam mana ni.. exam hr tu banyak cuai.."
B: " Awak ni tak baik tau..kalau cuai-cuai pun, dapat A- syukur la...."
Si A tidak hanya mampu diam sahaja... tak pasal-pasal dituduh tak bersyukur.

"Dan ingatlah ketika Allah memaklumkan:Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu sangat berat" (Ibrahim:7)

Ya Allah, cakap soal amalan hati ni susah kan. Seperti dalam ayat di atas, kita kena bersyukur tapi dalam masa yang sama kita tak boleh sampai ingkar dengan nikmat yang telah di anugerah Allah swt. Dalam suatu hadis ada menyebut kita kena bersederhana dalam sesuatu perkara.

Ujian dari Allah swt ni pelbagai bentuk... Ayah nik nur madhihah ada berpesan pada anaknya... Ujian di waktu susah lebih mudah nak di tempuhi berbanding di waktu mewah... Fikirkanlah

Friday, July 31, 2009

Huh....lega....dah habis mid sem exam....tapi...


Bila kita sebut perkataan 'pelajar' tergambar di fikiran kita adalah seseorang yang sedang 'belajar'. Sebagai pelajar kita memang tidak boleh lari dari peperiksaan. Alhamdulillah, semalam dah habis exam... setelah belajar selama satu bulan setengah tak sangka dah mid sem. Sekejap betul masa berlalu, rasa macam baru semalam daftar masuk untuk sem3.

Alhamdulillah lega exam mid sem dah lepas, minggu ni memang terkejar-kejar dan sibuk sebab kelas berjalan seperti biasa dan exam di sebelah malam... Teringat waktu kuliyah bro azman yang lepas. Bro azman ada mengutarakan satu soalan yang berkaitan dengan pengurusan aktiviti yang terbahagi kepada 4: penting dan segera, penting tapi tak segera, tak penting tapi segera, tak penting dan tak segera.

Bro azman tanya "study ni duduk dalam kategori yang mana?" Hmm... ada yang kata penting dan segera, ada pulak yang kata penting tapi tak segera. Apa yang bro azman dapat simpulkan dari kedua-dua jawapan tersebut bahawa kalau seseorang yang study last minute sememangnya study ni akan jadi penting dan segera, berbanding dengan seseorang yang study smart. Kita tergolong dalam golongan yang mana la...

Berbalik pada exam, lumrahnya bila lepas exam kita memang lega.. seperti satu beban yang besar telah terlerai dari bahu...tetapi kita kena ingat yang kita belajar ni bukan hanya untuk exam sahaja, kita belajar ni supaya Islam boleh tumpang dengan ilmu yang kita ada. Kalau kita belajar hanya kerana exam memang letih dan ingatlah ianya hanya sia-sia.

Exam mid sem memang dah habis tapi kita kena ingat kita masih ada lagi exam untuk final nanti. Ini baru exam dunia... yang kita nampak di mata kasar dan untuk masa yang terdekat. Sebagai seorang mukmin kita beriman dengan hari qiamat. Di hari qiamat nanti kita masih ada lagi peperiksan dan perhitungan iaitu di padang mahsyar, hatta di alam qubur pun kita telah di soal oleh malaikat mungkar dan nakir.

Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi exam akhirat? Janganlah terlampau gembira dan lega apabila exam mid sem dah habis... exam final belum kita tempuh lagi. Untuk menempuhi exam dunia kita banyak melakukan pembacaan dan latihan yang lecture bagi. Tapi kita muhasabah balik adakah kita telah melaksanakan tugas kita sebagai hamba Allah sebelum kita menghadapi ujian akhirat nanti? Jika dah laksanakan, adakah ianya sempurna? Adakah amal kita Allah terima?

Selepas ni, dan tika ini... marilah kita muhasabah kembali keadaan amal-amal kita, kesihatan hati kita juga tidak ketinggalan kerana dari hati lahirlah amal. Hati yang sihat akan membuahkan amal yang sempurna. Kita sebagai hamba memang tidak lepas dari ujian di dunia. Ingatlah kita hanya mengharapkan kerehatan di akhirat kelak. Dunia hanyalah tempat persinggahan.