Friday, June 10, 2011

Allah...Allah...Allah..


Wahai saudaraku,
bersungguh-sungguh membiasakan lidah saudara 
supaya sentiasa basah dengan menyebut nama Allah, zikrullah,
lalu saudara ingat Allah di dalam waktu saudara makan, minum, 
memakai pakaian, di waktu hendak tidur, bangun tidur,
dan di dalam perjalanan saudara, di dalam kerja 
dan di dalam segala keadaan dan suasana apa sekalipun.
 
Janganlah membiarkan satu saat 
berlalu begitu sahaja tanpa berzikir kepada Allah.
Sekiranya saudara di dalam suasana tidak buat amal ibadat, 
maka penuhilah masa itu dengan zikirullah
supaya saudara sentiasa memperbanyakkan kebaikan 
dan memperoleh ketenteraman.
 
Juga supaya saudara sentiasa disertai Allah 
dan sentiasa mendapat keampunan Allah.
Ketahuilah wahai saudara bahawa mengingati Allah 
mesti dengan hati terlebih dahulu baru menyebutnya dengan lidah.
 
Apabila kita mengingati Allah dengan segenap hati kita, 
akan mengalirlah ke segenap anggota kita.
Lidah kita akan menyebut nama Allah 
lalu lidah tidak akan memperkatakan sesuatu 
kecuali perkara-perkara baik sahaja.
Mata tidak akan memandang kecuali yang halal sahaja.
Telinga kita tidak akan mendengar kecuali apa-apa yang diredhai Allah.
Tangan kita tidak akan bergerak 
kecuali untuk membuat kebaikan sahaja 
sama sekali tidak akan bergerak 
untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan. 
Kaki kita tidak akan berjalan menuju kepada perkara yang mungkar dan dusta.
 
Demikianlah seterusnya hinggalah seluruh anggota kita 
hanyalah untuk membuat kebaikan 
dan menjauhi segala yang dimurkai Allah.
Otak kita tidak akan memikirkan sesuatu yang haram
dan hati kita hanyalah mengingati Allah 
dan berazam terus menerus 
untuk melakukan segala perkara yang diredhai Allah.

-Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah oleh Mustafa Masyhur-

Wednesday, May 11, 2011

Musafir...


Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang musafir
akan berhenti dan tidak akan bergerak
malah ia hanyalah merupakan sepotong besi di pertengahan jalan,
kalau ia kehabisan minyak atau tidak diberi minyak yang cukup.
Demikian jugalah orang-orang yang mengikuti jalan dakwah.
Apabila bekalan iman dan taqwanya kurang ataupun habis
tanpa ada sebarang usaha untuk menambahinya atau memperbaharuinya
maka sudah tentulah dai' itu menjadi bangkai yang kaku
atau sekurang-kurangnya menjadi sakit,
tidak bermaya malah tidak mampu untuk bergerak.
-Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah oleh Mustafa Masyhur-

Tuesday, April 19, 2011

Wednesday, April 6, 2011

Monday, March 28, 2011

Exam Dunia

Matlamat yang jelas menghalang dari putus asa.
3 April 2011- Ethics and Fiqh for Everyday Life
4 April 2011- Database System II
6 April 2011- Management Information System
8 April 2011- Data Communication in Business
11 April 2011- Web Programming I
13 April 2011- Foundation of Quantitative Analysis

Teguhkan niat belajar hanya kerana Allah swt.
Dalami ilmu untuk manfaat Islam. 
Usaha semaksima mungkin, natijah serah pada Allah. 

Saturday, March 12, 2011

JC.Comic


Assalamu'alaikum wbt.
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan JC.COMIC Edisi 1 dengan harga RM 6.00, sila hubungi wakil kami, seperti yang tertera di bawah:
Bro: Helmi - 013-7282685 / hiromi2907@yahoo.com
Sis: Mastura - 019-3642048 / twinkle_twinz@yahoo.com
Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua. 
Jazakumullahu khairan jaza'.

Sunday, January 16, 2011

Masa

Hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal ra :
"Setiap hamba di hari Qiamat tidak dapat mengorak langkah menuju kemana-mana, selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara:
  • Tentang umur, di manakah dihabiskan umur sewaktu di dunia dahulu?
  • Tentang masa remaja, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu remajanya?
  • Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakan hartanya?
  • Tentang ilmu, apakah dia beramal dengan ilmunya itu?"
Sumber : Detik-detik Masa (Dr Yusuf Al-Qardawi)

Tuesday, December 7, 2010

Jom

Salam Ma'al Hijrah 1432H
Jom perkukuhkan akidah
Jom perbaiki ibadah
Jom pertingkatkan kesihatan badan
Jom perkayakan ilmu pengehtahuan
Jom percantikkan akhlak
Jom perkemaskan urusan seharian
Jom perkuatkan benteng melawan hawa nafsu
Jom perketatkan penjagaan masa
Jom bermanfaat pada orang lain
Jom berdikari dan berusaha lagi 
Jom..