3 Kesalahan yang masih berterusan setiap hari:
-Mensia-siakan waktu.
-Memperkatakan hal yang tak bermanfaat
-Membincangkan masalah remeh-temeh.
P/s: Mari muhasabah dan mujahadah dalam meninggalkannya.
Carilah hatimu sewaktu membaca AL-QURAN.. Jika kamu tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT. Jika kamu tidak temui, maka carilah hatimu ketika duduk berTAFAKKUR mengingati mati. Jika kamu tidak temui juga, berDOAlah kepada ALLAh, pinta hati yang baru....
Sunday, October 31, 2010
Thursday, October 28, 2010
Saturday, October 2, 2010
Kena bersedia untuk itu
Sudahkah kita bersedia?
Segala persediaan sudah cukup?
Sinonim dengan kehidupan sebagai seorang pelajar adalah..
Ulangkaji untuk peperiksaan.
Buku, sumber rujukan
Guru, pembimbing tak kenal erti jemu
Deretan pen, menterjemahkan kefahaman
Teman, bantu merungkaikan persoalan
Mind map, pembantu ketika saat-saat akhir
Kita bukan sahaja seorang pelajar..
Banyak tanggungjawab yang kita pikul..
Semuanya memerlukan persediaan..
Kita sering disibukkan dengan pelbagai persiapan..
Kadang-kadang sampai kita alpa
Bagaimana dengan persediaan kita untuk sesuatu yang pasti?
Peperiksaan itu bukanlah sesuatu yang pasti.
Kita tidak boleh jamin yang kita berkesempatan untuk menempuhnya.
TETAPI
Firman Allah swt (3:185)
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati."
Itulah yang pasti..
Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia
Kecemerlangan di dunia hanya bermakna
apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan akhirat.
Ingatlah...
Segalanya hanya kerana Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)