Friday, June 10, 2011

Allah...Allah...Allah..


Wahai saudaraku,
bersungguh-sungguh membiasakan lidah saudara 
supaya sentiasa basah dengan menyebut nama Allah, zikrullah,
lalu saudara ingat Allah di dalam waktu saudara makan, minum, 
memakai pakaian, di waktu hendak tidur, bangun tidur,
dan di dalam perjalanan saudara, di dalam kerja 
dan di dalam segala keadaan dan suasana apa sekalipun.
 
Janganlah membiarkan satu saat 
berlalu begitu sahaja tanpa berzikir kepada Allah.
Sekiranya saudara di dalam suasana tidak buat amal ibadat, 
maka penuhilah masa itu dengan zikirullah
supaya saudara sentiasa memperbanyakkan kebaikan 
dan memperoleh ketenteraman.
 
Juga supaya saudara sentiasa disertai Allah 
dan sentiasa mendapat keampunan Allah.
Ketahuilah wahai saudara bahawa mengingati Allah 
mesti dengan hati terlebih dahulu baru menyebutnya dengan lidah.
 
Apabila kita mengingati Allah dengan segenap hati kita, 
akan mengalirlah ke segenap anggota kita.
Lidah kita akan menyebut nama Allah 
lalu lidah tidak akan memperkatakan sesuatu 
kecuali perkara-perkara baik sahaja.
Mata tidak akan memandang kecuali yang halal sahaja.
Telinga kita tidak akan mendengar kecuali apa-apa yang diredhai Allah.
Tangan kita tidak akan bergerak 
kecuali untuk membuat kebaikan sahaja 
sama sekali tidak akan bergerak 
untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan. 
Kaki kita tidak akan berjalan menuju kepada perkara yang mungkar dan dusta.
 
Demikianlah seterusnya hinggalah seluruh anggota kita 
hanyalah untuk membuat kebaikan 
dan menjauhi segala yang dimurkai Allah.
Otak kita tidak akan memikirkan sesuatu yang haram
dan hati kita hanyalah mengingati Allah 
dan berazam terus menerus 
untuk melakukan segala perkara yang diredhai Allah.

-Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah oleh Mustafa Masyhur-