Menariknya adalah bagaimana penulis mengupas istilah 'menjemput rezeki', selalunya kita akan menggunakan 'mencari rezeki'. Penulis memberikan dua analogi. Yang pertama seseorang mencari kunci yang hilang. Mencari kunci yang hilang semestinya sukar sekiranya kita tidak tahu di mana kita meletakkannya.Analogi yang kedua ialah seseorang yang menjemput temannya. Menjemput seseorang untuk hadir ke sesuatu majlis mungkin lebih mudah jika dibandingkan untuk mencari tetapi untuk menjamin seseorang itu hadir adalah sukar. Rezeki juga mempunyai realiti yang sama iaitu kita tidak tahu bila masanya.
"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)"
[Al-An'am : 59]
Penulis mengatakan menjemput rezeki lebih mudah kerana kita sudah tahu bahawa sanya rezeki hanya daripada Allah swt. Maka tidak perlu lagi kita mencari, kita hanya perlu menjemput rezeki.
"Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selin Dia; maka mengapa kamu berpaling dari ketauhidan?"
[Fatir : 3]
Bagaimana mahu menjemput rezeki? Apakah strateginya? Allah telah berfirman dalam Al-Quran mengenainya.
"Perintakanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu. Sesungguhnya Kami yang memberi rezeki kepada kamu. Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertakwa"
[Thaha : 132]
"Dan sesiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan jadikan baginya jalan keluar. Dan Dia akan berikan rezeki padanya dari arah yang tidak ia sangka. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah maka Dia mencukupinya. Sesungguhnya Allah Maha Melaksanakan perkara-Nya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu ketentuan."
[At-Thalaq : 2-3]
Masya Allah jaminan dari Allah, hanya terserah kepada kita samada nak atau tak. Antara strategi yang di himpunkan oleh penulis untuk menjemput rezeki ialah:
- Mengutamakan solat
- Solat tahajud
- Solat Dhuha
- Zikir
- Doa
- Mendoakan orang lain
- Sedekah
- Membaca Al-Quran
- Bersyukur
- Tekun berusaha
Jom menjemput rezeki! Yakinlah dengan jaminan dari Allah swt.