Friday, January 15, 2010

Awak.... Awak sihat? Awak dah makan?


Betapa prihatinnya insan yang bertanya, dan yang pastinya orang yang ditanya akan terharu dengan pertanyaan tersebut. Kerana ada orang yang ambil berat tentang dirinya.
Adakah kita tergolong dalam orang yang bertanya atau orang yang ditanya dengan pertanyaan tersebut?

Dalam ramai-ramai orang, siapa yang paling kita ingat? Jawapan yang selalu kita dengar mestilah keluarga, sahabat karib, sahabat handai dan ramai lagi...

tapi kita selalu lupa dengan H A T I yang sememangnya rapat dengan kita. Dia selalu menemani kita. Dalam kehidupan seharian, kita tak boleh lari dari membuat keputusan dan hatilah yang selalu menjadi tempat rujukan kita. Hati adalah raja kepada tubuh badan kita. Dia memegang satu kuasa yang besar dalam kerajaannya.

"Dalam badan kamu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya"

Pernah tak kita tanya kesihatan hati kita? Hati adalah sahabat yang rapat dengan kita... Walaupun hati tidak dapat bersuara, tapi kita boleh tahu keadaan hati kita.... Setiap penyakit mesti ada tanda-tanda yang kita boleh nampak dengan mata kasar yang kita berpenyakit. Begitu jugalah dengan hati.... contohnya rasa biasa dengan maksiat, malas beramal, kurang tersentuh dengan ayat Al-Qur'an, susah nak memahami sesuatu pelajaran dan bermacam lagi tanda-tanda yang akan terbit dari hati yang sakit.

Kalau hati sakit... boleh jadi satu badan sakit...
Marilah kita sayangi hati kita... jangan cemarinya dengan noda hitam... Tiada siapa suka dirinya kotor... Kalau baju kita kena lecah mesti kita bising. Betul tak? Kalau cuci tak hilang mesti kita risau dan kita akan cuci sampai bersih. Memang susah nak jaga hati tetapi kita kena selalu ingat....
"Sesuatu yang paling sukar bagi hawa nafsu, adalah yang paling Allah suka"

Masya Allah.... Ada ke siapa yang tak nak dicintai oleh Allah. Kita mesti sukakan nak buat apa yang disukai oleh orang yang kita cinta. Cinta kepada Allah, Rasulullah, dan ibu bapa.

Jadi, sanyangilah hati kita... jangan nodai dengan dosa dan maksiat... Bila hati dah dicemari, susah nak dicuci. Mari sama-sama kita mujahadah melawan hawa nafsu yang sememangnya perit kerana kita mengharapkan kenikmatan di akhirat.

1 comment:

Anonymous said...

Aslm. Moga Allah sntiasa brsama dlm tiap langkahan A'tiyah. Maafkan ana atas 'bisu' yang tiba2. Bagai tak mampu brkata, mungkin hanya krn mnyedari bhw bicara itu juga adalah sbahagian diri ni. Cukuplah doa shj jwpnnya. Jiwa ini juga perlu dicuci. Kisahmu, muhasabah aku. Doaku, sibuk kita, sibuk Akhirat. Barakallahu fik. Uhibbuki Fillah.

('izzah_zaaba)