Baru-baru ini, banyak kematian dikhabarkan kepada kita. Sama-samalah kita mengambil hikmah dari kematian tersebut. Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Satu analogi yang Hasan Al-Banna gambarkan dalam wasiat ke-10 beliau ialah hidup di dunia ini umpama satu pelancongan ke negara asing.
Hidup kita di dunia ini samalah keadaanya dengan satu pelancongan yang dilakukan oleh seseorang ke negara asing. Beliau membawa bersamanya visa yang mengizinkannya masuk negeri itu dan juga menunjukkan tempoh masa beliau dibenarkan tinggal di negeri itu. Apabila tempoh itu habis, beliau mestilah meninggalkan negeri berkenaan. Walau bagaimanapun, di samping persamaan ini terdapat perbezaan antara kewujudan kita dalam kehidupan dunia ini dengan kehidupan seorang pelancong di negeri orang. Kita tinjau dari sudut permulaan dan kesudahan kedua-duanya. Kedua-duanya sama di sudut permulaan, yang mana permulaan hidup kita di dunia membawa visa untuk hidup di dunia pada hari kita dilahirkan, tetapi kita tidak mengetahui tempoh yang kita dibenarkan berada di dunia ini, iaitu hari kita mati, kerana umur manusia hanyalah terbatas antara dua hari iaitu hari lahir dan hari mati. Perintah keluar dari kehidupan di dunia di saat kematian berbeza dari perintah keluar dari negara asing. Pertama, perintah keluar dari kehidupan dunia tidak diketahui, boleh jadi sudah hampir atau boleh jadi masih jauh. Kedua, perintah keluar dari dunia tidak boleh diubah, visa hidup di dunia tidak boleh dipendekkan atau dipanjangkan. Tempoh visa di dunia adalah muktamad.
Ingatlah visa hidup tidak boleh diperbaharui. Sama-samalah kita manfaatkan tempoh masa yang kita miliki sekarang ini sebaiknya.
Carilah hatimu sewaktu membaca AL-QURAN.. Jika kamu tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT. Jika kamu tidak temui, maka carilah hatimu ketika duduk berTAFAKKUR mengingati mati. Jika kamu tidak temui juga, berDOAlah kepada ALLAh, pinta hati yang baru....
Wednesday, December 7, 2011
Sunday, October 2, 2011
Ad-dunya mazra'atul akhirah
Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti ada tujuan dan keuntungan yang akan diraihnya.
Kenapa kita minum air? sebab nak hilangkan rasa dahaga.
Kenapa kita makan ubat? sebab nak sihat.
Kenapa kita belajar? sebab nak tambah ilmu pengetahuan.
Kenapa pakai tudung? sebab nak tutup aurat.
Pendeknya. pekerjaan apa pun yang kita lakukan di dunia ini ada tujuannya.
Sekiranya sesuatu pekerjaan itu mencapai objektif / tujuan pasti perkerjaan itu dikira berjaya dan bermanfaat. Sebagai contoh bila kita lapar kita akan menjamah makanan, setelah itu kita akan kenyang.
Apa tujuan kalimah syahadah? untuk membezakan Muslim dan kafir.
Perbezaan dari sudut apa? Adakah berbeza dari sudut bentuk fizikal? Bukan.
Perbezaannya adalah pada hasil dari kehidupan.
Seorang Muslim akan menerima redha Allah dan mendapat kemuliaan di akhirat.
Apa yang dikatakan sukses di akhirat?
Rasulullah saw bersabda: Ad-dunya mazra'atul akhirah , dunia adalah ladang akhirat.
Ini bermakna dunia dan akhirat adalah satu proses yang berkesinambungan.
Hubungan antara keduanya adalah seperti antara menanam dan menuai.
Kita akan membajak tanah, menabur benih, menyiram tanaman sehingga sampai saat yang sesuai untuk dituai.
Apa yang kita tuai itu pastilah hasil dari apa yang kita tanam.
Sekiranya kita tanam sayur kobis bunga, kita akan tuai sayur kobis bunga.
Adakah kita tanam cili kita akan dapat buah strawberi? Tidak sama sekali, tetapi ingatlah Allah swt yang Maha Berkuasa. Jadi, apa yang kita tanam, itulah yang kita akan dapat.
Kemudian kekurangan/kesalahan yang dilaksanakan sewaktu proses menanam pasti akan memberi kesan kepada hasil tanaman.
Cara membajak yang betul, benih yang berkualiti dan air yang mencukupi pasti menghasilkan tanaman yang baik. Dunia laksana ladang tempat untuk bercucuk tanam.
Manusia dikirim ke 'ladang' ini dengan tujuan agar ia bekerja keras dengan tangannya sendiri untuk memperoleh hasil yang dapat dinikmati di akhirat nanti.
Jadi sama-samalah kita menanam pokok-pokok yang dapat membuahkan hasil dan menjaganya dengan cermat supaya dapat menghasilkan buah yang penuh nikmat.
-Niatkan segala amal yang dilakukan HANYA kerana Allah swt-
p/s: Sebarang perkongsian amat dialu-alukan.
Thursday, September 8, 2011
Syahadah
Manakala MUHAMMADUR RASULULLAH ucapan yang menyatakan kita yakin dan terima apa sahaja disampaikan oleh Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah. Kita meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan kita.
Kita melafazkan ucapan sumpah berulang kali dalam solat, namun kita sering alpa dengan kesibukan dan kesenangan dunia.
Ya Allah ujian dan cabaran dari-Mu amat berat.
Ya Allah berikanlah daku kekuatan untuk menyelusuri kehidupan.
Friday, June 10, 2011
Allah...Allah...Allah..
Wahai saudaraku,
bersungguh-sungguh membiasakan lidah saudara
bersungguh-sungguh membiasakan lidah saudara
supaya sentiasa basah dengan menyebut nama Allah, zikrullah,
lalu saudara ingat Allah di dalam waktu saudara makan, minum,
lalu saudara ingat Allah di dalam waktu saudara makan, minum,
memakai pakaian, di waktu hendak tidur, bangun tidur,
dan di dalam perjalanan saudara, di dalam kerja
dan di dalam perjalanan saudara, di dalam kerja
dan di dalam segala keadaan dan suasana apa sekalipun.
Janganlah membiarkan satu saat
berlalu begitu sahaja tanpa berzikir kepada Allah.
Sekiranya saudara di dalam suasana tidak buat amal ibadat,
Sekiranya saudara di dalam suasana tidak buat amal ibadat,
maka penuhilah masa itu dengan zikirullah
supaya saudara sentiasa memperbanyakkan kebaikan
supaya saudara sentiasa memperbanyakkan kebaikan
dan memperoleh ketenteraman.
Juga supaya saudara sentiasa disertai Allah
dan sentiasa mendapat keampunan Allah.
Ketahuilah wahai saudara bahawa mengingati Allah
Ketahuilah wahai saudara bahawa mengingati Allah
mesti dengan hati terlebih dahulu baru menyebutnya dengan lidah.
Apabila kita mengingati Allah dengan segenap hati kita,
akan mengalirlah ke segenap anggota kita.
Lidah kita akan menyebut nama Allah
lalu lidah tidak akan memperkatakan sesuatu
kecuali perkara-perkara baik sahaja.
Mata tidak akan memandang kecuali yang halal sahaja.
Telinga kita tidak akan mendengar kecuali apa-apa yang diredhai Allah.
Tangan kita tidak akan bergerak
Telinga kita tidak akan mendengar kecuali apa-apa yang diredhai Allah.
Tangan kita tidak akan bergerak
kecuali untuk membuat kebaikan sahaja
sama sekali tidak akan bergerak
untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan.
Kaki kita tidak akan berjalan menuju kepada perkara yang mungkar dan dusta.
Demikianlah seterusnya hinggalah seluruh anggota kita
hanyalah untuk membuat kebaikan
dan menjauhi segala yang dimurkai Allah.
Otak kita tidak akan memikirkan sesuatu yang haram
dan hati kita hanyalah mengingati Allah
Otak kita tidak akan memikirkan sesuatu yang haram
dan hati kita hanyalah mengingati Allah
dan berazam terus menerus
untuk melakukan segala perkara yang diredhai Allah.
-Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah oleh Mustafa Masyhur-
Wednesday, May 11, 2011
Musafir...
Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang musafir
akan berhenti dan tidak akan bergerak
malah ia hanyalah merupakan sepotong besi di pertengahan jalan,
kalau ia kehabisan minyak atau tidak diberi minyak yang cukup.
Demikian jugalah orang-orang yang mengikuti jalan dakwah.
Apabila bekalan iman dan taqwanya kurang ataupun habis
tanpa ada sebarang usaha untuk menambahinya atau memperbaharuinya
maka sudah tentulah dai' itu menjadi bangkai yang kaku
atau sekurang-kurangnya menjadi sakit,
tidak bermaya malah tidak mampu untuk bergerak.
-Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah oleh Mustafa Masyhur-
akan berhenti dan tidak akan bergerak
malah ia hanyalah merupakan sepotong besi di pertengahan jalan,
kalau ia kehabisan minyak atau tidak diberi minyak yang cukup.
Demikian jugalah orang-orang yang mengikuti jalan dakwah.
Apabila bekalan iman dan taqwanya kurang ataupun habis
tanpa ada sebarang usaha untuk menambahinya atau memperbaharuinya
maka sudah tentulah dai' itu menjadi bangkai yang kaku
atau sekurang-kurangnya menjadi sakit,
tidak bermaya malah tidak mampu untuk bergerak.
-Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah oleh Mustafa Masyhur-
Tuesday, April 19, 2011
Wednesday, April 6, 2011
Monday, March 28, 2011
Exam Dunia
Matlamat yang jelas menghalang dari putus asa. |
3 April 2011- Ethics and Fiqh for Everyday Life
4 April 2011- Database System II
6 April 2011- Management Information System
8 April 2011- Data Communication in Business
11 April 2011- Web Programming I
13 April 2011- Foundation of Quantitative Analysis
Teguhkan niat belajar hanya kerana Allah swt.
Dalami ilmu untuk manfaat Islam.
Usaha semaksima mungkin, natijah serah pada Allah.
Saturday, March 12, 2011
JC.Comic
Assalamu'alaikum wbt.
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan JC.COMIC Edisi 1 dengan harga RM 6.00, sila hubungi wakil kami, seperti yang tertera di bawah:
Bro: Helmi - 013-7282685 / hiromi2907@yahoo.com
Sis: Mastura - 019-3642048 / twinkle_twinz@yahoo.com
Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.
Jazakumullahu khairan jaza'.
Sunday, January 16, 2011
Masa
Hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal ra :
"Setiap hamba di hari Qiamat tidak dapat mengorak langkah menuju kemana-mana, selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara:
"Setiap hamba di hari Qiamat tidak dapat mengorak langkah menuju kemana-mana, selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara:
- Tentang umur, di manakah dihabiskan umur sewaktu di dunia dahulu?
- Tentang masa remaja, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu remajanya?
- Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakan hartanya?
- Tentang ilmu, apakah dia beramal dengan ilmunya itu?"
Sumber : Detik-detik Masa (Dr Yusuf Al-Qardawi)
Subscribe to:
Posts (Atom)