Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti ada tujuan dan keuntungan yang akan diraihnya.
Kenapa kita minum air? sebab nak hilangkan rasa dahaga.
Kenapa kita makan ubat? sebab nak sihat.
Kenapa kita belajar? sebab nak tambah ilmu pengetahuan.
Kenapa pakai tudung? sebab nak tutup aurat.
Pendeknya. pekerjaan apa pun yang kita lakukan di dunia ini ada tujuannya.
Sekiranya sesuatu pekerjaan itu mencapai objektif / tujuan pasti perkerjaan itu dikira berjaya dan bermanfaat. Sebagai contoh bila kita lapar kita akan menjamah makanan, setelah itu kita akan kenyang.
Apa tujuan kalimah syahadah? untuk membezakan Muslim dan kafir.
Perbezaan dari sudut apa? Adakah berbeza dari sudut bentuk fizikal? Bukan.
Perbezaannya adalah pada hasil dari kehidupan.
Seorang Muslim akan menerima redha Allah dan mendapat kemuliaan di akhirat.
Apa yang dikatakan sukses di akhirat?
Rasulullah saw bersabda: Ad-dunya mazra'atul akhirah , dunia adalah ladang akhirat.
Ini bermakna dunia dan akhirat adalah satu proses yang berkesinambungan.
Hubungan antara keduanya adalah seperti antara menanam dan menuai.
Kita akan membajak tanah, menabur benih, menyiram tanaman sehingga sampai saat yang sesuai untuk dituai.
Apa yang kita tuai itu pastilah hasil dari apa yang kita tanam.
Sekiranya kita tanam sayur kobis bunga, kita akan tuai sayur kobis bunga.
Adakah kita tanam cili kita akan dapat buah strawberi? Tidak sama sekali, tetapi ingatlah Allah swt yang Maha Berkuasa. Jadi, apa yang kita tanam, itulah yang kita akan dapat.
Kemudian kekurangan/kesalahan yang dilaksanakan sewaktu proses menanam pasti akan memberi kesan kepada hasil tanaman.
Cara membajak yang betul, benih yang berkualiti dan air yang mencukupi pasti menghasilkan tanaman yang baik. Dunia laksana ladang tempat untuk bercucuk tanam.
Manusia dikirim ke 'ladang' ini dengan tujuan agar ia bekerja keras dengan tangannya sendiri untuk memperoleh hasil yang dapat dinikmati di akhirat nanti.
Jadi sama-samalah kita menanam pokok-pokok yang dapat membuahkan hasil dan menjaganya dengan cermat supaya dapat menghasilkan buah yang penuh nikmat.
-Niatkan segala amal yang dilakukan HANYA kerana Allah swt-
p/s: Sebarang perkongsian amat dialu-alukan.
2 comments:
dr buku manhaj hidup muslim.al maududi.. apa erti beriman dngn kalimah tayyibah :)
jzkk ukhti..teruskan menulis
Apakah maksud dari “ ad-dunya mazra’atu al- akhirah” *
Post a Comment