Sunday, July 19, 2009

Ijlis bina nu'minus sa'ah

Kalam ni acap kali kita dengar di ungkapkan di dalam majlis-majlis ilmu yang membawa maksud 'duduklah bersama kami sebentar untuk beriman'. Inilah budaya para sahabat bersama Rasulullah saw, mereka sentiasa mencari peluang duduk sebentar untuk berfikir dan beriman kepada Allah swt.


Ada seorang sahabat bertemu dengan Rasulullah dan berkata " Berikanlah satu peringatan supaya aku menangis" Rasulullah menjawab dengan bersabda bahawa ketika di padang mahsyar nanti ada sebuah pintu akan terbuka dan keluar darinya satu suara yang amat dahsyat sehingga semua yang ada di situ terduduk mendengar suara neraka Jahanam." Bila kita berfikir dan saling memperingatkan soal akhirat di padang mahsyar nanti tiada satu hati pun akan tenteram, kecuali orang yang beriman"(kalau salah tolong betulkan).

Teringat waktu di matri dulu.... adalah beberapa sahibah duduk atas musolla waktu tu black out, tiba-tiba salah seorang di antara mereka memulakan perbincangan soal mati.... tanpa disedari mata mereka telah mengeluarkan titisan keinsafan. Ustazah Khairul Badriyah selalu ingatkan dalam halaqah... kalau kita menangis, jangan lap air mata biarkanlah ia mengalir dan sapu di tangan dan muka supaya dapat melindungi anggota tersebut dari di jilat api neraka. Rindunya pada halaqah dulu......

Apa yang dimaksudkan dengan iman? Iman adalah membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan menterjemahkan dalam amal. 6 rukun iman? Beriman dengan Allah, beriman kepada malaikat, beriman dengan AQ, beriman kepada rasul, beriman dengan hari qiamat dan beriman pada qada' dan qadar Allah swt. Apa tanda-tanda iman ada dalam hati? Dalam kuliyyah tazkiyatun nafs bro azman baru-baru ni ada cakap soal ni. Antaranya adalah hati terpaut dengan akhirat, hati seperti ini akan rasa terikat dengan Allah swt dan selalu yakin dengan janji-janji Allah. Firman Allah swt :"Hanya dengan mengingati Allah hati akan merasa tenang." Orang yang beriman Allah akan memberikan ketenangan di hatinya.

Pandang sepi kepada dunia yang menipu adalah salah satu tanda iman sudah hadir dalam hati. "Sesungguhnya perumpamaan duniawi itu hanya seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman bumi dengan subur, di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahanya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti memetik hasilnya, datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu kami jadikan tanamanya seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan kekuasaan Kami kepada orang berfikir." surah yusuf ayat 24. Sebagai contoh dalam study kita. Jika kita study hanya bermatlamatkan untuk dunia (exam, pointer,pujian,kerjaya) semata-mata, kita akan merasa beban. Tapi sekiranya kita study hanya kerana Allah kita tak akan jemu dalam mendalami ilmu Allah yang jika dibandingkan dengan lautan, ilmu itu hanya satu celupan jari. Masya Allah betapa luasnya ilmu Allah swt. Tidak kiralah subject apapun di atas muka bumi, ianya adalah ilmu dari Allah. Keimananlah yang menjadi kekuatan. Jika kita laksanakan sesuatu amal kerana Allah, kita akan nampak ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak (redha dan syurga Allah).

Seterusya adalah bersedia sebelum sampai ajal. Tanyalah pada diri kita, Sudahkah saya bersedia untuk ke alam akhirat dan berjumpa dengan Allah swt? Sebagai anak adam kita semua akan merasai kematian. Terkejut dengan satu sedutan dalam movie syurga cinta: " Buat apa nak takut, kita kan banyak beramal, sedekah di rumah anak yatim, sumbangan untuk mangsa peperangan. Nanti dah nak mati barulah kita bertaubat...pergi buat haji." Ya Allah.... adakah kita tahu bila dan di mana ajal kita ? " Hanya Allah sahaja yang tahu bila ajal kita dan Dialah berkuasa mematikan dan menghidupkan makhluknya.

Adakah kita nampak tanda-tanda tersebut pada di dalam diri kita?
Jika ada alhamdulillah.... sekiranya rasa tidak mencapai seperti tahap-tahap tersebut... marilah kita kembali kepada madrasah rasulullah saw yang bermatlamatkan melahirkan insan yang bertaqwa, iaitu halaqah. Adakah kita sedari bahawa orang barat telah mempraktikkan teori madrasah Rasulullah ini. Dalam menyelusuri sistem tarbiyah Rasulullah saw, perlunya murabbi mithali, manhaj salimah, dan biah solehah. Tanpa kita sedari sistem jahiliyah telah menggunakan sistem halaqah ini dalam melahirkan seorang penyanyi dalam rancangan realiti tv contohnya Mentor dan Akademi Fantasia.

Samalah kita sematkan dalam diri firman Allah swt " Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah swt." Dan jadilah jurutera, peguam, arkitek, guru dan tak kira apa pun, tapi jadilah manusia yang kamil dan bertaqwa. Marilah kita menghidupkan kembali amalan madrasah Rasulullah saw.

1 comment:

abu said...

salam,
saya membaca blog saudari,timbul rasa keinsafan diri.
terfikir,bagaimana org lain boleh mencipta iman didalam diri sedangkan diri ini sering lalai.mengaku beriman padaNya tetapi sering alpa dgn dunia.
btw,syukran alaik atas penulisan saudar.inshaAllah terus mengikuti.

-teringat dizaman persekolahan,tetapi tidak mengambil peluang sebegini.