Tuesday, July 7, 2009

Niat>Rancang>Usaha>Tawakal>Redha

Dalam kehidupan kita seharian sebenarnya kita tidak dapat lari dari membuat perancangan. Setiap pergerakkan kita akan mencongak-congak dalam kepala. Ini semua bermula kerana ada gerakkan hati yang memerlukan kita untuk membuat satu keputusan. Kadang-kadang kita disibukkan untuk merancang hal-hal dunia, sampai kita lupa saham akhirat kita. Kalau kita merancang untuk membeli-belah boleh dari pagi sampai petang, kenapa tidak untuk beribadah. Sepatutnya itulah yang kita kejar kerna ganjarannya amatlah bernilai disisi Allah kalau nak dibandingkan dengan perbuatan yang sia-sia. Bukanlah nak berpemikiran sekular, tapi benda ni kita selalu pandang remeh. Sebenarnya jika kita keluar membeli-belah kita niatkan kerana Allah, untuk memenuhi keperluan hidup sebagai manusia, untuk merapatkan silaturrahim sesama sahabat handai dan ianya tidak melalaikan pasti dikira amal ibadah. Semua amal perbuatan kita sekiranyanya diniatkan kerana Allah adalah ibadah, bukan hanya beribadat di masjid di kira ibadah.

Tapi semua amal yang kita buat kita perlulah rancang, fikir dan buat keputusan. Sebagai contoh kita bangun setiap pagi apa yang kita nak buat pada hari ini? Hatta sebelum tidur pun kita kena merancang dan membuat keputusan esok nak bangun qiam ke tak? Esok nak puasa ke tak?

Sebenarnya kalau ikut hati macam-macam nak buat. Hati kitalah yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu amal perbuatan. Bila lapar terasa nak makan, bila haus rasa nak minum, bila penat rasa nak rehat, bila mengantuk rasa nak tidor. Walaupun kadang-kadang sebenarnya bukannya lapar sangat, bukanlah haus sangat, takdelah penat dan mengantuk sangat tapi bila ikut sangat kehendak hati itulah yang kita dapat. Kalau kita niatkan ibadah kerana Allah pasti kita dapat lebih.... Dikira sebagai ibadah dan bukan amal yang sia-sia.

Apabila terlintas niat atau kehendak sedemikian di hati, kita perlu membuat keputusan samada kita nak buat ke tak? nak ikut ke tak? Bila nak buat satu keputusan kita perlu fikir 'pro n cons', 'cause n effect' dan natijah perkara tersebut. Teringat kata-kata "fikir dahulu sebelum buat", "sebelum nasi menjadi bubur", "bila terhantuk baru terngadah" dan banyak lagi tak perlulah nak disenaraikan banyak2 masing-masing dah arif bab kata-kata peribahasa.

Berbalik pada berfikir untuk buat keputusan, setelah kita buat keputusan kita perlu merancang bagaimana kita nak melaksanakannya. Bab merancang ni yang penting. Tak berapa ingatlah kata-kata ni tapi bunyi dia macam ni... "kebaikan yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang...." kalau salah mintak betulkan... Jadi kita perlu merancang. Misalannya, niat di hati nak bangun qiam. Jadi kita perlulah rancang untuk tidur awal. Tapi ingatlah dengan keizinan dan kehendak Allah jualah yang membolehkan kita bangun. Kita hanya merancang Allah yang berkuasa menentukan. Kita kena redha dan tingkatkan usaha lagi.

Selepas kita puas merancang kita juga memerlukan usaha dan kesungguhan dalam melaksanakan amal. Bila dah tidur awal sekalipun kita perlulah usahakan untuk kunci jam dan berusaha melawan hawa nafsu untuk bangun bila dah dengar jam loceng berbunyi. Kadang-kadang kita dah niat kan di hati esok nak bangun tapi kita kalah di saat-saat akhir pertarungan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Biasalah kalau kita nak buat sesuatu kebaikan pasti ada ujian dan cabaran, barulah kita rasa kelazatan dalam beramal.

Sukalah untuk di ingatkan kita beramal kerana Allah untuk mencapai mardhotillah bukan nak redha manusia. Manusia hanya boleh bagi pujian, pangkat dan status.... Semua itu kita tak boleh nak bawa balik mengadap Allah kelak... Hanya amal soleh sahaja menemankan kita sampai bertemu Allah. Marilah kita bersama-sama mengumpul saham-saham akhirat dengan terancang. Pertingkatkan lagi hubungan dengan Allah (hdA) dalam setiap amal perbuatan kita. Jangan mudah berputus asa dalam beramal. Sesuatu yang bernilai memang menuntut pengorbanan yang tinggi. Moga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah swt. Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat ghurur dalam beramal. Ameen... Ingat! beramal HANYA kerana ALLAH!

1 comment:

Anonymous said...

kalo x silap kata2 tu saidina Ali yg cakap..