Tuesday, December 7, 2010

Jom

Salam Ma'al Hijrah 1432H
Jom perkukuhkan akidah
Jom perbaiki ibadah
Jom pertingkatkan kesihatan badan
Jom perkayakan ilmu pengehtahuan
Jom percantikkan akhlak
Jom perkemaskan urusan seharian
Jom perkuatkan benteng melawan hawa nafsu
Jom perketatkan penjagaan masa
Jom bermanfaat pada orang lain
Jom berdikari dan berusaha lagi 
Jom..

Monday, December 6, 2010

Al-Khaliq

Kadang-kadang Allah menghilangkan matahari
tetapi Allah gantikan dengan guruh dan kilat
kita mencari matahari yang menghilang
rupa-rupanya Allah menggantikan matahari dengan pelangi yang indah.
*Segala susunanNYA amat indah, Allah swt tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA

Sunday, November 28, 2010

Assignment given by abi..

One day, just after performing maghrib prayer...
Abi called all his children
from me, the eldest one up till my little sister
no one can escape from him
including ummi..
then, we altogether gathered in front of his favorite gadgets
'PA system, small notebook and LCD projector'
 Abi asks us to watch a video carefully 
and we will be given an assignment later on.
Each of us are keep on wondering
 what kind of video that Abi asked us to watch.
Enjoy the video:
The assignment is...
"List down 100 things that I want to do during my life time.."
I want.......
 I want to be....

Tuesday, November 23, 2010

Lelaki dan perempuan.


Sungguh, lelaki dan perempuan MUSLIM,
lelaki dan perempuan MUKMIN,
lelaki dan perempuan yang tetap dalam keTAATan,
lelaki dan perempuan yang BENAR,
lelaki dan perempuan yang SABAR,
lelaki dan perempuan yang KHUSYUK,
lelaki dan perempuan yang berSEDEKAH,
lelaki dan perempuan yang berPUASA,
lelaki dan perempuan yang memelihara KEHORMATANnya,
lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah (ZIKRULLAH),
Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Al-Ahzab:35)

Thursday, November 18, 2010

Segalanya memerlukan P E N G O R B A N A N

Salam Aidil Adha 1431
Segalanya memerlukan pengorbanan, hatta nak menjamah makanan yang merupakan perkara yang remeh pun memerlukan pengorbanan iaitu pengorbanan masa. Apatah lagi dalam melaksanakan ibadah kepada Allah swt dan tugas khalifah di atas muka bumi ini sememangnya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Firman Allah swt dalam surah Al-Asr yang berbunyi:

" Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (Al-Asr 1-3)

Kita akan sanggup mengorbankan segalanya hanya kerana sesuatu yang kita cintai. Sebagai contoh, kita akan membelanjakan wang ringgit dan masa lapang yang kita ada untuk hobi dan minat kita. 

Seorang srikandi Islam, Ummu Imarah Nusaibah Al-Anshary. Dia merupakan seorang perawat luka tentera Islam di medan Uhud, tetapi dia mengorbankan dirinya apabila dia nampak Rasulullah saw dalam keadaan terancam dengan maut. Pada saat gawat tersebut diceritakan oleh Nabi saw kepada para sahabat bahawa Nusaibahlah yang paling sibuk berlawan membela aku. Nusaibah menderita dengan 12 luka terkena panah dan pedang. "Ya Allah, jadikanlah mereka ini teman-temanku di syurga kelak" doa Nabi untuk Nusaibah serta keluarganya. Masya-Allah... pengorbanan yang Nusaibah lakukan adalah kerana kecintaannya terhadap Rasulullah.  

Marilah kita sama-sama kita melaksanakan pengorbanan yang mulia tidak kira harta, wang ringgit, tenaga mahupun masa yang Allah pinjamkan sementara untuk kita gunakan bagi mengumpulkan bekalan akhirat. Kehidupan dunia hanyalah modal kita, kita kena fikirkan bagaimana nak menjana modal yang kita ada supaya dapat memberikan pulangan yang lumayan. Ingatlah matlamat kita hanyalah MARDHOTILLAH (redha Allah), itulah pulangan yang lumayan bagi orang-orang beriman.

Sunday, November 14, 2010

No mountain too high 
when there is a will
No river too wide 
when we belive there is a way
count to Allah you will never fail.
No body know, but Allah knows.

Sunday, October 31, 2010

3 Kesalahan yang masih berterusan setiap hari:
-Mensia-siakan waktu.
-Memperkatakan hal yang tak bermanfaat
-Membincangkan masalah remeh-temeh.


P/s: Mari muhasabah dan mujahadah dalam meninggalkannya. 

Thursday, October 28, 2010

final exam for sem 1 2010/2011
1/11 -Islam, Knowledge and Civilization
3/11-Financial Accounting Fundamentals
8/11-System Analysis and Design
11/11-Object Oriented Programming
12/11- Calculus 
"Sesuatu yang sukar bagi hawa nafsu adalaah sesuatu yang paling allah suka"

Saturday, October 2, 2010

Kena bersedia untuk itu

Sudahkah kita bersedia?
Segala persediaan sudah cukup?

Sinonim dengan kehidupan sebagai seorang pelajar adalah..
Ulangkaji untuk peperiksaan.

Buku, sumber rujukan
Guru, pembimbing tak kenal erti jemu
Deretan pen, menterjemahkan kefahaman
Teman, bantu merungkaikan persoalan
Mind map, pembantu ketika saat-saat akhir

Kita bukan sahaja seorang pelajar..
Banyak tanggungjawab yang kita pikul..
Semuanya memerlukan persediaan..

Kita sering disibukkan dengan pelbagai persiapan..
Kadang-kadang sampai kita alpa
Bagaimana dengan persediaan kita untuk sesuatu yang pasti?
Peperiksaan itu bukanlah sesuatu yang pasti.
Kita tidak boleh jamin yang kita berkesempatan untuk menempuhnya.


TETAPI
Firman Allah swt (3:185)
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati."
Itulah yang pasti..

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia
Kecemerlangan di dunia hanya bermakna
apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan akhirat.

Ingatlah...
Segalanya hanya kerana Allah..

Tuesday, September 14, 2010

“Kullu ‘am, wa antum bi khair”
-SEMOGA SEPANJANG TAHUN KAMU BERADA DALAM KEBAIKAN-

P/s: merangkumi banyak ucapan...

Thursday, August 19, 2010

"Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Hanya Engkau sahaja yang Maha Berkuasa mengatur segala ketentuan. HambaMu ini hanya mampu berusaha"

Thursday, August 12, 2010

Alhamdulillah kita masih lagi di beri kesempatan untuk memasuki madrasah Ramadhan pada tahun ini. Marilah kita berusaha untuk menjadi graduan RABBANI bukan RAMADHANI.

Friday, July 23, 2010

Jemputlah hadir bagi yang berkelapangan...

Monday, July 19, 2010

Nak ke tak?

Semua tergantung pada diri kita.
Pilihan di tangan kita.
Nak ke tak?

Yang penting:
  • nawaitu
  • iltizam
  • istiqamah
  • doa
  • tawakal

Wednesday, July 7, 2010

Segalanya di dalam ketentuanNYA...

Thursday, June 17, 2010

T A W A K A L

Duhai adikku sayang fillah...
Setelah engkau berusaha
letakkanlah tawakal itu di tempat yang tertinggi di dalam hatimu.
Yakinlah dengan pertolongan Allah...
Bergantung haraplah padaNYA, kerana DIA yang Maha Berkuasa.
Meskipun usahamu setinggi gunung, mahupun seluas lautan...
namun sedarilah hakikat kejadianmu yang lemah itu.
Jika usahamu tidak dikau sertai dengan tawakal
maka apabila dirimu jatuh menjunam pasti amat perit sakitnya.
Tetapi apabila tawakal itu telah kau semat di dalam hatimu,
itu menunjukkan kau bersedia menerima apapun dari Tuhanmu
kerana kau tahu itulah yang terbaik untukmu...

Sunday, June 6, 2010

pengembara


Daku pengembara menuju akhirat...
Setiap langkahku akan dipersoalkan...
Mencari bekalan untuk kehidupan di sana...

Daku hamba-Mu yang lemah...
Jatuh tersungkur di tengah perjalanan...
Moga tidak tersungkur di lubang yang sama...

-Hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok perlu lebih baik dari hari ini-

Sunday, May 30, 2010

Fatwa dari hati


Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:

"Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya."
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda:

Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.

Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.

Pengajaran hadis:

Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik, sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia.

Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya.

Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri.
Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya.

Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati.

Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.

Sunday, May 23, 2010


S Y U K U R bukan hanya dengan ucapan semata-mata...

Sunday, May 16, 2010


Kepada semua pendidik...
tidak semestinya guru...
Jazakillah atas tunjuk ajar dan nasihat kalian.
ilmu dan pengalaman yang dikongsikan bersama
merupakan bekalan yang sangat bernilai
bagi menempuh hari-hari yang mendatang.
-SELAMAT HARI MURABBI-


Sunday, May 2, 2010

Tepat pada masanya sahibahku...
Tika diriku terasa kering dan tidak bermaya...
Satu pesanan ringkas ku terima.

"Duhai sahibahku yang dikasihi kerana Allah

Ya Allah gerakkan sahibah ku ini hingga keletihan letih mengikutnya
Kebosanan bosan menemaninya,
Kefuturan futur dengannya
Tinggikan himmahnya
Dan semarakkan iradahnya
Jadikan dia hambaMu yang mencintai yang Engkau cintai,
Membenci yang Engkau benci
Pimpinlah dia ke jalan yang membawanya mencintaiMu
Teguhkanlah hati-hati kami ya Allah
Cukupkanlah kami dengan diriMu sebagai penolong dan sandaran kami…"
-pesanan dari ijlal mohd diah-

Thursday, April 8, 2010


Akhirnya tamat peperiksaan bagi sem 2 09/10... Walaupun peperiksaan tamat peperiksaan seharian kita tak pernah tamat sehinggalah pada hari penentuan samada kita jadi ahli neraka ataupun syurga...

Hari pendaftaran dan orentasi umpama hari kelahiran baru mengenal suasana sekeliling...
Pembelajaran dalam kelas umpama bekalan pengetahuan untuk menghadapi hari yang mendatang...
Kuiz dan latihan setiap minggu umpama cabaran dan dugaan harian...
Kenangan manis umpama penawar andai cedera di tengah perjalanan...
Kenangan pahit umpama peringatan tika alpa dalam kehidupan...
Kelas-kelas tambahan umpama amalan-amalan sunat yang memperbaiki yang fardhu...
'CAM' umpama saham pahala di hari perhitungan...
'AGD' umpama suatu majlis ulang tayang semua perilaku kita sewaktu hayat...
Slip peperiksaan umpama kematian yang perlu dirasai oleh semua Bani Adam....
Peperiksaan umpama hari perhitungan...
Kita menjawabnya secara berseorangan tanpa bantuan...
Kita ditanya habis-habisan tiada satupun yang tertinggal...
Yang tidak dapat sembunyi dari pengetahuan Al- Basir...
Pada waktu itu juga kita semua jawapan kita disemak...
Menunggu keputusan peperiksaan yang mendebarkan...
Ketenangan bagi golongan kanan...
Keperitan bagi golongan kiri...
Keputusannya hanya dua lulus atau gagal...
SYURGA atau NERAKA keputusan kita?...

Saturday, March 27, 2010

Yahoomail:Lelaki Tanpa Hati

Perkongsian dari mail yang diterima beberapa hari yang lepas dari

Yang terhormat Ustadz Hassan al-Banna,


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati?. Maaf, jika hati yang dimaksud adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat dan hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui tempat-tempat keburukan meskipun samar-samar.

Seringkali dia merasa benar jika membaca perilaku seseorang dari wajahnya dan dia juga dapat memberi isyarat akan hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang tidak bersua, dia menyalaminya dan menggenggam tangannya dengan kuat, bahkan memeluknya. Namun, hatinya tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh, Dia memberi nasihat kepada orang lain, "Jadilah kalian begini dan jadilah kalian begitu", serta menyebutkan berbagai dalil dan alasan, namun hatinya semakin keras dan tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala menerima berita gembira. Dia juga mengenyitkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan dan kesedihannya hanyalah reaksi alami, sedangkan hatinya tetap diam dan tidak tergoncang.

Dia menyatakan cinta dan benci kepada seseorang. Ketika melihat hatinya, hatinya tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan salat dan berusaha kusyuk, membaca al-Quran dan berusaha memusatkan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, membaca bacaan salat dengan nada-nadanya, sehngga orang-orang pun berkata, "Dia tipe orang yang kusyuk". Akan tetapi, ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli dan tidak kusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.

Ini adalah gambaran yang sebenarnya terjadi pada hati lelaki tersebut. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahwa hatinya sama seperti hati orang lain pada umumnya?.

Saya dianugerahi akal, tetapi hati saya hilang. Saya merasakan fikiran saya menyala-nyala, bekerja, hidup dan menunjukkan keberadaannya. Akan tetapi, ketika saya ingin merasakan hal itu pada hati saya, sama sekali tidak menemukannya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang pemuda yang membaiat anda dan anda mengambil sumpah setia darinya. Apakah anda rela seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasakan apa yang diucapkan oleh lisannya.

Ini adalah penyakit salah seorang tentera Anda yang akan membuat Anda sedih jika mengetahuinya. Oleh kerana itu, saya tidak menyebutkan namanya, hingga saya memberitahu Anda akan kesembuhannya.

dan ini jawapan daripada Al Imam As Syahid Hassan al-Banna

Imam al Banna menulis,

Saudaraku.

Wa'alakumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Saya telah membaca surat mu dan sangat terpengaruh oleh kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu, lembutnya kesedaranmu, dan hidupnya hatimu

Saudaraku, engkau bukan orang yang hatinya mati seperti yang engkau hina. Akan tetapi engkau adalah orang yang perasaanya tajam, jiwanya bersih, dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah engkau tidak menuduh dirimu dan tidak engkau ingkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat dan jauhnya tujuan, membuatkanmu menganggap kecil urusanmu yang besar dan engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu dan memang itu harus terjadi.

Saya merasakan apa yang engkau kira, saya berjalan sebagaimana engkau berjalan dan saya akan berusaha mengajukan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat tersebut bermanfaat bagimu dan dengan melaksanakannya engkau lihat dapat menghapus dahaga serta mengobati sakitmu, maka alhamdulillah, atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mendiagnosa penyakit dan menentukan obatnya.

Berteman dengan orang-orang khusyu' yang selalu merenung, berbaur dengan orang yang selalu berfikir dan menyendiri, dekat dengan orang-orang yang bertakwa dan soleh yang dari mereka terpancar hikmah dan dari wajah mereka terpancar cahaya, dan hati mereka bertambah dengan makrifat ( dan jumlah mereka adalah sedikit ) adalah obat yg manjur. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka, dan engkau sambung ruhmu dengan ruh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta engkau habiskann kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dari orang yang 'mengaku-ngaku' . Carilah orang yang kondisinya membuatkan kamu bangkit, perbuatannya membawamu berbuat baik dan jika engaku melihatnya maka engkau mengingat Allah.

Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu obat yg paling manjur, kerana watak manusia sering mencuri, sehingga hatinya terpengaruh oleh hati dan jiwa pun mengambil dari jiwa. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang bersih, menyendiri, bermunajat, merenungi alam yang indah serta menakjubkan, menggali rahsia keindahan dan keagungan dari alam, meneliti dengan hati dan berzikir dengan lisan tentang pengaruh keagungan yang mencengangkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari pojok-pojok kalbu dengan keimanan dan keyakinan.

Allah swt berfirman

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal" (Ali 'Imran [3] : 190 )

Saudaraku, selanjutnya berfikir tentang masyarakat, melihat berbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan dan kemakmuran, serta menjenguk orang yang sakit, menghibur orang-orang yang tertimpa bencana dan mengenali sebab-sebab kesengsaraan yang berupa pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri sendiri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan sentuhan bagi dawai-dawai hati yang menyatukan cerai berainya dan menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar keberadaanmu menjadi penghibur bagi orang-orang yang sengsara dan tertimpa bencana. Tidak ada hal yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan dari berbuat baik kepada orang-orang yang sangat-sangat membutuhkan, membantu orang-orang yang teraniaya atau membagi rasa dengan orang yang susah dan sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendaknya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman dan melimpahkan keyakinan kepadamu sebaga anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di wakti-waktu mustajab dan waktu-waktu sahur. Kerana doa di waktu sahur adalah anak panah yang meluncur yang tidak berhenti hingga sampai ke 'Arsy. Saya tidak meragukan keikhlasanmu dalam mencapai tujuan dan kejujuran dalam pengakuanmu.

Allah berfirman,

"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa " (Al Maaidah [5] : 27)

Saudaramu, Hasan al-Banna

Petikan daripada buku Menjadi Hamba Rabbani ; Dr Majdi Hilali terbitan Maghfirah pustaka.

Tuesday, March 23, 2010

Young before Old


Ya Allah...
Kini telah 20 tahun daku bernafas menyedut oksigen yang tak pernah Engkau berkira...
20 tahun daku pejam celik Engkau beri peluang untukku terus berada di atas muka bumi...
20 tahun daku melayari perjalanan yang Engkau telah catatkan untukku di lauh mahfuz.
20 tahun Engkau memberi pinjam jasad ini kepadaku, tapi Engkau jualah yang berkuasa atas diriku...

Islam dan Iman...
Kekuatan dan kesihatan...
Jasad dan jiwa...
segalanya kepunyaan Engkau.
Tidak cukup air lautan untukku coretkan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah...

Adakah daku berpeluang untuk hidup lagi esok hari mahupun sekejap lagi ??? Hanya Allah sahaja yang Mengetahuinya...

Ya Allah...
Jika Engkau memerintahkan malaikat maut mengambil nyawaku... biarlah ketika itu daku dalam Islam dan Iman... daku tidak sanggup untuk menghuni neraka... tapi adakah daku layak untuk turut serta dalam syurga...?

Friday, March 19, 2010

Amat mengharapkan doa dari teman seperjuangan.

Wednesday, March 3, 2010

Serba tak cukup?

Banyak nikmat yang Allah anugerah kepada kita sejak kita dari dalam perut ibu kita lagi. nikmat hidup, kesihatan, rezeki, ukhuwah, keluarga , masa dan nikmat yang paling besar nilainya adalah nikmat iman dan Islam.

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak"(108:1)

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."(14:34)


Masya Allah, ada seorang insan yang kurang upaya boleh melaksanakan kehidupan sehariannya seperti orang yang normal. Mereka juga mempunyai 24 jam... cuma yang berbeza adalah dari segi fizikal yang kurang sempurna, bukan tidak sempurna... kerana Allah berfirman:

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud"(15:29)

"yang menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaan-Nya)"(87:2)

Kenapa kita masih pertikaikan tentang nikmat yang kita ada sekarang?

Kenapa kita tidak menghargai anugerah yang Allah pinjamkan dengan sebaiknya?

Gunakanlah segala kemampuan dan nikmat yang anda miliki pada hari ini untuk mengumpul saham-saham akhirat. Jangan sia-siakan masa anda.....

Let's start from now not tommorow...Do you have any gurantee you have the another chance for the next day? Haiya mujahid Islam....

Sunday, February 21, 2010

Agungnya peribadi kekasih Allah


Rasulullah.....
Walaupun Rasulullah sudah dimuliakan Allah dan dosa beliau sudah diampuni oleh Allah swt, namun beliau adalah manusia yang paling giat melakukan ibadah sehingga bengkak kaki beliau. Ada yang berkata kepada Rasulullah,"Bukankah Allah telah telah mengampuni dosa Engkau yang lama dan yang akhir?" Rasulullah menjawab,"Apakah tidak pantas aku menjadi hamba Allah yang banyak bersyukur?" Rasulullah saw terhibur dengan solat sehingga beliau berkata, "Kesenangan hidupku ialah solat."Para sahabat ra berkata," Adalah Rasulullah saw ketika menghadapi masalah rumit, beliau mengerjakan solat." Bagaimana pula dengan kita?

"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamualami, dia sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang beriman." (9:128)

Abu Zharr berkata: "Pernah Rasulullah saw sampai subuh membaca satu ayat, dan ayat itu ialah : Dan jika Engkau menyiksa mereka, mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka Engkau adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Sehingga di saat akhir kewafatan Rasulullah di atas pangkuan Aisyah ra... Rasulullah masih ingat akan umatnya... Ummati, ummati, ummati... Bagaimana dengan kita?

Ali bin Abu Thalib berkata: "Tidak ada cacatnya dalam perkataan dan perbuatan, tidak membalas keburukan dengan keburukan, tetapi melupakan dan memaafkan kesalahan orang, dan tidak punya perasaan balas dendam." Diriwayatkan Rasulullah pernah berkata:" Janganlah ada diantara kamu yang menyampaikan kepadaku tentang keadaan sahabat-sahabatku, agar setiap aku keluar kepada kamu, dadaku bersih." Rasulullah menjauhi 3 perkara iaitu: bertengkar, menyombong, berbuat apa yang tidak berguna. Apakah kita juga menjauhinya? Bagaimana pula kita?

Marilah kita mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah.

Saturday, February 13, 2010

Sakit hati...Hati sakit...


Kena buat...nanti tak dapat macam mana?
Nanti apa orang kata?
Takpalah kali ni saja...
Semua orang memang buat dosa...
Susahlah...
Kenapalah macam ni?

Sedar atau tidak monolog-monolog inilah yang selalu bertandang dalam hati....

DIANTARA PENYAKIT-PENYAKIT HATI

-syirik kepada Allah

"Allah tidak mengampuni dosa syirik(mempersekutukan Allah dengan sesuatu), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka sesungguhnya dia tersesat jauh sekali."(4:116)

-melakukan dosa kepada Allah

"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah atau mendustakan aya-ayatNya? Sesungguhnya orang-orang yang berbuat dosa itu tidak akan beruntung."(10:17)

-lalai dari mengingati Allah

"Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya."(107:4-5)

-pandang kecil ketentuan Allah

"Dan barang siapa mendurhakai Allah dan RasulNya dan melanggar batas-batas hukumNya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka, dia kekal di dalamnya dan dia akan mendapat azab yang menghinakan."(4:14)

-tidak patuh pada keputusan Allah

"Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan mukmin, apabila Allah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada pilihan yang lain bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakaki Allah dan RasulNya, maka sungguh, dia telah tersesat, dan kesesatan yang nyata."(33:36)

-tidak merujuk kepada Allah

"Dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat (kekuasaan) Kami mengetahui bahwa mereka sekali-kali tidak akan memperoleh jalan keluar dari siksaan."(42:35)

-tidak bergantung pada Allah

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui"(29:41)

-tidak yakin dengan janji Allah

"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi, maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata."(22:11)

-buruk sangka terhadap Allah

"Barangsiapa yang menyangka bahwa Allah sekali-kali tiada menolongnya (Muhammad) di dunia dan akhirat, maka hendaklah ia merentangkan tali ke langit, kemudian hendaklah ia melaluinya, kemudian hendaklah ia pikirkan apakah tipu dayanya itu dapat melenyapkan apa yang menyakitkan hatinya."(22:15)

Dialu-alukan sesiapa yang mahu berkongsi...

Friday, January 15, 2010

Awak.... Awak sihat? Awak dah makan?


Betapa prihatinnya insan yang bertanya, dan yang pastinya orang yang ditanya akan terharu dengan pertanyaan tersebut. Kerana ada orang yang ambil berat tentang dirinya.
Adakah kita tergolong dalam orang yang bertanya atau orang yang ditanya dengan pertanyaan tersebut?

Dalam ramai-ramai orang, siapa yang paling kita ingat? Jawapan yang selalu kita dengar mestilah keluarga, sahabat karib, sahabat handai dan ramai lagi...

tapi kita selalu lupa dengan H A T I yang sememangnya rapat dengan kita. Dia selalu menemani kita. Dalam kehidupan seharian, kita tak boleh lari dari membuat keputusan dan hatilah yang selalu menjadi tempat rujukan kita. Hati adalah raja kepada tubuh badan kita. Dia memegang satu kuasa yang besar dalam kerajaannya.

"Dalam badan kamu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya"

Pernah tak kita tanya kesihatan hati kita? Hati adalah sahabat yang rapat dengan kita... Walaupun hati tidak dapat bersuara, tapi kita boleh tahu keadaan hati kita.... Setiap penyakit mesti ada tanda-tanda yang kita boleh nampak dengan mata kasar yang kita berpenyakit. Begitu jugalah dengan hati.... contohnya rasa biasa dengan maksiat, malas beramal, kurang tersentuh dengan ayat Al-Qur'an, susah nak memahami sesuatu pelajaran dan bermacam lagi tanda-tanda yang akan terbit dari hati yang sakit.

Kalau hati sakit... boleh jadi satu badan sakit...
Marilah kita sayangi hati kita... jangan cemarinya dengan noda hitam... Tiada siapa suka dirinya kotor... Kalau baju kita kena lecah mesti kita bising. Betul tak? Kalau cuci tak hilang mesti kita risau dan kita akan cuci sampai bersih. Memang susah nak jaga hati tetapi kita kena selalu ingat....
"Sesuatu yang paling sukar bagi hawa nafsu, adalah yang paling Allah suka"

Masya Allah.... Ada ke siapa yang tak nak dicintai oleh Allah. Kita mesti sukakan nak buat apa yang disukai oleh orang yang kita cinta. Cinta kepada Allah, Rasulullah, dan ibu bapa.

Jadi, sanyangilah hati kita... jangan nodai dengan dosa dan maksiat... Bila hati dah dicemari, susah nak dicuci. Mari sama-sama kita mujahadah melawan hawa nafsu yang sememangnya perit kerana kita mengharapkan kenikmatan di akhirat.